Thursday, January 26, 2012

BRUNEI TUA - Bahagian 3

3. DARI SUMBER ARAB

Di kalangan pedagang-pedagang arab, Brunei terkenal dengan nama ‘Randj’ atau ‘Zabaj’ atau ‘Zabag’.

Zabag ini di katakan berdekatan dengan Pulau Seribu (Filipina). Catatan ini terdapat dalam kitab karangan Sheikh Shamsuddin Abu Ubaidillah Muhammad bin Talib Al Damshik yang bertajuk Nukhbatud Dahri fi ‘Ajaibil Barri wal Bahri yang di tulis dalam TM 1865.

Menurut keterangan yang di catatkan oleh dua orang ahli pelayaran Arab bernama Sulaiman bin Ahmad Al-Mari dan Shahbuddin Ahmad (Ibnu Majid) ketika mereka singgah di negeri-negeri Melayu dalam kurun masehi 15 dan 16 mengatakan Laut China Selatan yang mereka rentasi itu di sebut juga dengan nama Laut Berunai.

Dari pertengahan kurun ke 9, terdapat rekod-rekod dari Arab yang memperihalkan sebuah kerajaan yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Para sarjana berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada kepulauan nusantara secara umum manakala Sribuza pula merupakan nama kepada ibukota atau pusat pemerintahan empayar Zabag atau dengan erti kata lainnya, merujuk kepada Sriwijaya.

Diantara penulis yang terawal yang menyebut tentang Zabag dan Sribuza didalam rekod penulisan mereka adalah Ibnu Khordadbeh. Siapakah Ibnu Khordadbeh? Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibnu Khordadbeh merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Almu'tamid pada kurun masehi ke 9.

Pada awal kurun ke 9, Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.

Mengenai Sriwijaya, Ibn Khordadbeh ada menjelaskan bahawa penguasa Zabag diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau di laut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata: “In the mountains of Zabag, there are enormous serpents which devour men and buffalos, and some which devour even elephants. This country produces gigantic camphor trees, there are trees which can give shade to nearly a hundred persons.”

Ibnu Khordadbeh seterusnya memperihalkan berkenaan dengan Maharaja Zabag. Kekayaan Maharaja Zabag dijelaskan dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann atau Batmann merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram menjadikan kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari. “The gold is plentiful, the horse bits, the chains and necklaces of monkeys, dogs and other beasts are of gold. The chiefs used golden bricks for their houses and forts and official decrees are engraved upon golden paper.”

Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan jongkang emas nya kedalam air. Selain daripada itu, 1/4 daripada kutipan cukai nya diperolehi daripada aktiviti sabung ayam, yang kita tahu merupakan aktiviti yang digemari bukan sahaja oleh masyarakat melayu malah raja-raja melayu. Kegilaan raja-raja melayu bersabung ayam sememangnya telah direkodkan didalam pelbagai sumber. Ibn Khordadbeh seterusnya dipetik sebagai berkata: “The king of Zabag is named the Maharaja. The Maharaja gathers each day a revenue of 200 mann of gold. He has this gold made into a single brick and throws it into the water saying; Look this is my treasury. Part of this revenue, say 50 mann a day, he gets from cock fights. one of the legs of the victorious cock belongs by right to the king and the owner buys it back for gold.”

Penulis seterusnya bernama Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab yang telah merekodkan nama Sribuza sebagaimana yang telah ditulis dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India dan keduanya dinaungi oleh seorang Maharaja yang sama. Saya percaya Kalah Bar yang dimaksudkan disini adalah kerajaan Kedah Tua dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya.

Abu Zayd Hassan juga telah menerangkan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang jongkang emasnya didalam tasik. Seperti yang telah ditulis diatas, perkara yang sama juga telah di ceritakan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya. Abu Zayd Hassan seterusnya menceritakan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Raja Khmer.

Didalam kisah yang berlaku pada TM 802 itu, walaupun telah berulang kali dinasihati oleh para menterinya, Raja Khmer (King Mahipativarman) dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang seterusnya telah mengutus satu armada perang untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Maharaja Zabag pun lalu kembali ke negeri baginda dan duduk bersemayam. Di hadapan baginda dipersembahkan sebuah dulang yang mengandungi kepala Raja Khamer.

Pakar sejarah berpendapat walaupun kisah tersebut lebih berunsurkan lagenda dan mitos rakyat mengenai Maharaja Zabag, ianya mungkin merujuk kepada satu kisah Navagatah Javabalasanghah yang direkodkan pada satu prasasti di Champa pada awa kurun ke 9, yang mengisahkan kedatangan angkatan perang dari Jawa yang telah memusnahkan Champa dan jiran-jiran sekitarnya.

Untuk pengetahuan anda, bahawa di dalam dunia purba, Pulau Borneo adalah dikenali sebagai Jawa Besar sementara pulau Jawa sebenar dikenali dengan Jawa Keci (Pulau Jawa juga dikenali sebagai Yavadvipa).


.........bersambung.

No comments:

Post a Comment