Tuesday, February 14, 2012

BRUNEI TUA - Bahagian 4

4. Sumber Filipina

Wujudnya Brunei Tua ini juga ada disebut dalam sejarah Filipina iaitu cerita mengenai pembelian pulau Panay oleh sepuluh orang datu dari Brunei.

Pada masa gugusan pulau-pulau melayu di bawah perintah Empayar Melayu Hindu Seri wijaya, sepuluh orang datu dari Borneo (Brunei) telah lari meninggalkan Borneo bersama keluarga, hulubalang dan hamba mereka untuk melepaskan diri dari kezaliman Raja Makatunaw (Raja Borneo).

Mereka itu ialah Datu Puti, Datu Bangkaya, Datu Dumangsul, Datu Paiburung, Datu Sumakwil, Datu Paduhinong, Datu Lubai, Datu Dumangsil, Datu Dumalungdong dan Datu Balksusa.

Setelah belayar beberapa hari ke utara mereka pun sampai ke pulau Panay dan mendarat dekat dengan Bandar yang sekarang ini di kenali sebagai San Joaqin. Tarikh ketibaan mereka ialah kira2 pertengahan abad ke 13. Pada masa itu Pulau Panay di diami oleh orang Ati (Negriti) di bawah pemerintahan King Marikudo dan Queen Maniwangtiwan.
Datu Puti dan King Marikudo bertemu di sebuah kampong orang negrito bernama Sinungbuhan yang terletak di tebing sungai Andosna dan disitulah mereka merundingkan jual beli tanah itu. Dengan persetujuan rakyatnya, King Marikudo pun menjualnya secara barter trade. Harga jualan itu terdiri daripada Saduk emas (topi yang lebar tepinya) untuk King Marikudo dan seutas rantai leher emas yang panjang untuk Queen Maniwangtiwan.

Selain itu, datu-datu dari Brunei itu juga memberi berbagai hadiah kepada orang-orang Ati itu termasuklah sebilah keris kepada King Marikudo dan beberapa utas rantai leher yang di perbuat daripada manik-manik kepada orang-orang perempuan Ati itu. Untuk memeteraikan perjanjian penjualan itu kedua-dua pihak pun makan dan minum bersama serta mempertunjukan tarian dan nynyian masing-masing.

Selepas itu King Marikudo dan orang-orangnya pun berundur ke kawasan pergunungan dan meninggalkan orang-orang borneo berkuasa penuh di kawasan tanah itu.
Tujuh orang datu tinggal di Panay, sementara yang tiga orang lagi iaitu Datu Puti, Datu Dumangsul dan Datu Balkasusa meneruskan pelayaran mereka ke utara hingga sampai ke tasik Taal di Luzon. Oleh kerana tertarik dengan tanah yang subur dan pemandangan yang indah di kawasan itu maka Datu Dumansul dan Datu Balkasusa pun tinggal menetap di situ. Sementara Datu Puti kembali ke Borneo seorang diri menceritakan hal pengembaraan yang menarik itu kepada orang-orang Brunei.

Keterangan ini mengingatkan betapa betapa bangsa Brunei yang di kenali sejak abad yang ke 6 dan ke 10 itu adalah satu bangsa yang aktif dan berani menjelajah. Jika mereka boleh sampai ke negeri China tidak ada sebab mereka tidak boleh sampai ke negeri yang lebih dekat seperti {ulau Panay dan Luzon di Filipina itu.



......bersambung



sumber: Pelita Brunei