Tuesday, February 14, 2012

BRUNEI TUA - Bahagian 4

4. Sumber Filipina

Wujudnya Brunei Tua ini juga ada disebut dalam sejarah Filipina iaitu cerita mengenai pembelian pulau Panay oleh sepuluh orang datu dari Brunei.

Pada masa gugusan pulau-pulau melayu di bawah perintah Empayar Melayu Hindu Seri wijaya, sepuluh orang datu dari Borneo (Brunei) telah lari meninggalkan Borneo bersama keluarga, hulubalang dan hamba mereka untuk melepaskan diri dari kezaliman Raja Makatunaw (Raja Borneo).

Mereka itu ialah Datu Puti, Datu Bangkaya, Datu Dumangsul, Datu Paiburung, Datu Sumakwil, Datu Paduhinong, Datu Lubai, Datu Dumangsil, Datu Dumalungdong dan Datu Balksusa.

Setelah belayar beberapa hari ke utara mereka pun sampai ke pulau Panay dan mendarat dekat dengan Bandar yang sekarang ini di kenali sebagai San Joaqin. Tarikh ketibaan mereka ialah kira2 pertengahan abad ke 13. Pada masa itu Pulau Panay di diami oleh orang Ati (Negriti) di bawah pemerintahan King Marikudo dan Queen Maniwangtiwan.
Datu Puti dan King Marikudo bertemu di sebuah kampong orang negrito bernama Sinungbuhan yang terletak di tebing sungai Andosna dan disitulah mereka merundingkan jual beli tanah itu. Dengan persetujuan rakyatnya, King Marikudo pun menjualnya secara barter trade. Harga jualan itu terdiri daripada Saduk emas (topi yang lebar tepinya) untuk King Marikudo dan seutas rantai leher emas yang panjang untuk Queen Maniwangtiwan.

Selain itu, datu-datu dari Brunei itu juga memberi berbagai hadiah kepada orang-orang Ati itu termasuklah sebilah keris kepada King Marikudo dan beberapa utas rantai leher yang di perbuat daripada manik-manik kepada orang-orang perempuan Ati itu. Untuk memeteraikan perjanjian penjualan itu kedua-dua pihak pun makan dan minum bersama serta mempertunjukan tarian dan nynyian masing-masing.

Selepas itu King Marikudo dan orang-orangnya pun berundur ke kawasan pergunungan dan meninggalkan orang-orang borneo berkuasa penuh di kawasan tanah itu.
Tujuh orang datu tinggal di Panay, sementara yang tiga orang lagi iaitu Datu Puti, Datu Dumangsul dan Datu Balkasusa meneruskan pelayaran mereka ke utara hingga sampai ke tasik Taal di Luzon. Oleh kerana tertarik dengan tanah yang subur dan pemandangan yang indah di kawasan itu maka Datu Dumansul dan Datu Balkasusa pun tinggal menetap di situ. Sementara Datu Puti kembali ke Borneo seorang diri menceritakan hal pengembaraan yang menarik itu kepada orang-orang Brunei.

Keterangan ini mengingatkan betapa betapa bangsa Brunei yang di kenali sejak abad yang ke 6 dan ke 10 itu adalah satu bangsa yang aktif dan berani menjelajah. Jika mereka boleh sampai ke negeri China tidak ada sebab mereka tidak boleh sampai ke negeri yang lebih dekat seperti {ulau Panay dan Luzon di Filipina itu.



......bersambung



sumber: Pelita Brunei

3 comments:

  1. Bagus.....teruskan usaha....kalau bole cuba contohi apa yang dilakukan oleh Srikandi dari riwayatmelayu.blogspot....supaya kita kanal siapa kita yg sabanar-banarnya....

    ReplyDelete
  2. Benarkh awg alak betatar dulu pernah hendak menakluki negeri raja gabag / raja zabag diutara borneo sebelum menubuh kn kerajan berunei seperti dlm artikel idahansabahcommunity.blogspot.com/2009/04/hikayat-raja-sabah.html kerana awg alak betatar di gelar sebagagi pedagang dari johor dan di anggap lanun dlm artikel tersebut

    ReplyDelete
  3. The ancient Brunei Kingdom was build by the Dusunic people (Dusun/Bisaya). Accroding to the most reliable historical record, the Brunei sultanate only come to exist in the year of 1515, when the last Maharaja of Brunei converted to Islam, while other Dusun/Bisaya Raja still pagan. The Dusunic people are the early people who inhabited the coastal area of Borneo from Brunei to Marudu Bay. The Kelabitic people (Lundayeh or Puak Murut) migrated from North Kalimantan recently (500-600 years ago), the Malay people migrated from Sumtra and Malay Peninsular recently (500-600 years ago), the Kedayan migrated from West Kalimantan 500 years ago and the other Dayaks people such as Kiput, Narum, Iban, Penan and Kayan just arrived around 200-300 years ago. The First people in Brunei was the Dusunic people (Puak Dusun or also known as Puak Bisaya, they are the same Dusunic stock).

    ReplyDelete