Tuesday, January 3, 2012

BRUNEI TUA



Walaupun pada zahirnya Brunei baru memperolehi kemerdekaan penuhnya pada tahun 1984. pada hakikatnya ia adalah sebuah negara yang telah lama wujud mungkin lebih tua dari setengah jirannya malah pada suatu ketika dulu ia pernah memainkan peranan penting di bebarapa bahagian rantau ini sebagai sebuah empayar meski pun mungkin tidak sehebat atau segagah empayar sriwijaya, majapahit dan Melaka.

Blog ini akan membincangkan tentang sejarah Brunei Tua dari beberapa sumber saperti Greek, Cina, Sriwijaya, Majapahita, Sanskrit, Arab dan Filipina.

1. SUMBER GREEK

Dalam abad pertama dan kedua masehi, perdagangan maritim di sepanjang jalan laut di Asia pada umumnya berkembang maju dengan itu juga pengetahuan tentang ilmu alam (geografi) semakin bertambah.

Dalam tahun pertama masehi (c.a 90AD – ca 168AD) seorang pakar geografi berbangsa Greek bernama Ptolemy yang menetap di Iskandariah, Mesir telah membuat sebuah buku Atlas Dunia yang mengandungi tempat-tempat yang di ketahui orang pada masa itu. Di dalamnya ada termuat, buat pertama kali nya, tentang Asia Tenggara (Nusantara). Petanya menunjukkan beberapa buah pelabuhan di sepanjang tanah besar dan pulau-pulau di nusantara. Semenanjung Tanah Melayu yang di lakarnya dengan tepat dinamainya Semenanjung Emas atau (Aurea Chersonese) dalam bahasa Sanskrit nya Suvarnadvipa.

Ptolemy juga menyebut nama sebuah tempat lain dalam Nusantara dengan nama Pulau Barli iaitu nama yang serupa dalam bahasa Sanskrit iaitu Yayadvipa. Nama ini di anggap sebagai di maksudkan untuk Pulau Sumatra-Jawa. Tetapi pengkajian dalam masa akhir-akhir ini menyamakanya dengan Borneo di mana letaknya Brunei.


Sumber: Pelita Brunei

………….bersambung.

No comments:

Post a Comment