Sunday, January 15, 2012

BRUNEI TUA - Bahagian 2

2. DARI SUMBER CINA

Berdasarkan riwayat cina bahawa orang-orang cina yang berulang alik ke alam Melayu (Nusantara) pernah singgah di tempat yang mereka sebut sebagai Poni, Boni atau Wen-Lai.

Pada tahun masehi 518, 523 dan 616 Raja Poni telah menghantar ufti kepada Maharaja China. Hal ini telah diperjelaskan lagi oleh satu riwayat cina yang lain dalam dinasti Sung (976-997) iaitu pada tahun masehi 977 Raja Poni telah menghantar utusan ke negeri China yang di ketuai oleh Po-ya-li (Buyali atau Abu Ali) membawa bersamanya persembahan berbentuk seratus kulit kura-kura, kapur barus, lima keeping gaharu, tiga dulang cendana, kayu raksamala den enam batang gading gajah. Utusan itu juga membawa sepucuk surat dari Raja Poni yang kandunganya mendoakan lanjut usia Maharaja China dan memohon perlindungan bagi Poni.

Tulisan sejarah Dinasti Sung itu seterusnya menyebutkan bahawa kalau mengikut tiupan angin perjalanan dari Poni(Brunei) ke Jawa itu akan memakan masa 45 hari, ke Palembang 40 hari, dan Ke Champa 50 hari.

Mengetahui kedudukan seumpama jarak lama perjalanan dari Poni ketempat-tempat lain itu menunjukkan bahawa negeri Poni itu tidak asing kepada orang-orang cina.

Sebenarnya hubungan negeri China dengan negeri-negeri Melayu telah bermula sejak sebelum masehi 140 iaitu zaman awal pemerintahan Dinasti Han (SM 140 – TM1).

Menyedari pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara kerajaan China dengan negeri-negeri di nusantara, Maharaja China telah menubuhkan sebuah balai pengajian atau kolej khas untuk mempelajari Bahasa Melayu. Orang cina belajar Bahasa Melayu menggunakan tulisan cina juga mengikut pelat cina. Itulah mungkin sebabnya sebutan Varunai (Berunai) jadi Wen-Lai dan lama kelamaan jadi Bon-lai, Bo-ni, Po-ni dan Po-li mengikut pelat suku dan daerah masing-masing.

Didalam bahasa cina (mandarin) didak ada bunyi huruf ‘b-‘, ‘d-‘, ‘g-‘, dan’j-‘ dan di gantikan dengan ‘p-‘, ‘t-‘, ‘k-‘, ‘c-‘ contohnya sebutan bulan menjadi pulan. Dalam jadi talam, guru jadi kulu dan hujan jadi hucan.

Menurut statistik, hingga ke era Dinasti Ming (TM1368-1643) sebanyak 36 buah negeri di Nusantara telah menghantar utusan ke China; Siam 19 kali, Vietnam 16 kali, Melaka 15 kali. Jawa 15 kali, Samudera (Sumatera) 13 kali dan Poni (Brunei) 8 kali.

Mengikut catatan cina, berikut adalah Raja-Raja yang memerintah Poni:

1. Pinka Kaundinya (TM 518) Raja Poni yang pertama dalam rekod cina
2. Hu-la-na-po Chari-ya-ka ( dari rekod Dinasti Sui (TM589-618) dan juga dari rekod Dinasti Tang (TM618-906)
3. Hi-ang-ta atau Xiangda (Sri Anakda) TM 977
4. Sa-li Mah-lui (Seri Ma-je) TM 1082
5. Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa],TM1370 (dari catatan utusan cina yang datang ke Poni). Mahomohsa kemudiannya menghantar utusan balas kepada Maharaja China pada bulan August 1371.
6. Ma-na-je-sha-na-wang-sha [Maharaja Sarawangsa] Berkahwin dengan Tz'u-shih-pa-ti [... Sripati] pada TM13xx-13xx dan mempunyai sekurang kurangnya empat putera:
• i) Ma-hsieh-je-chia-na-nai [Maha Suriya Jayakaranaya], Maharaja Poni
• ii) Shih-li-nan-na-na-je [Sri Linananaraja].
• iii) Shih-wei-je-na-sha [Sri Vijayarasa].
• iv) Na-na-wan-je-hsieh [Narawang Jayasuriya].
7. Ma-hsieh-je-chia-na-nai atau Ma-na-je chia-na (Maha Suriya Jayakaranaya atau Maharajakarna) TM 13xx – 1408. Baginda adalah putera kepada Ma-na-je-sha-na-wang-sha dengan permaisurinya Tz'u-shih-pa-ti. Maharaja Ma-hsieh-je-chia-na-nai ini mangkat di negeri China dan di makamkan di Nanking.
8. Hsia-wang (Suriyawang) Maharaja Poni 1408-14xx. Baginda adalah putera kepada Maharaja Ma-na-je-chia-na dengan permaisurinya Ta-hsi-shieh.

Sumber cina tidak pula menyatakan lokasi sebenar pusat pemerintahan Poni ini cuma dinyatakan ia di percayai terletak di suatu tempat didalam Pulau Kalimantan (Borneo).

……bersambung.

2 comments:

  1. 1xbet korean - Free Spins, No Deposit - Legalbet
    1xbet korean is a gambling site that offers to all players to enjoy online gambling. You will find hundreds of free spins no 1xbet nigeria deposit casino games,

    ReplyDelete
  2. How to register for the MTTs mobile app on Betway! - JTGHub
    When 안성 출장안마 you open an account on Betway you are betting on the MTTs mobile 안양 출장마사지 app for 사천 출장안마 free. In the 경주 출장샵 meantime, you are not 세종특별자치 출장안마 required to register or download the app.

    ReplyDelete